CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 12 December 2008

Sistem Pengurusan RMT




Aplikasi ini dicipta oleh En Zulkifli Abu Bakar. Mula dicipta pada tahun 2007 untuk memudahkan urusan merekod kehadiran pelajar yang datang untuk makan di bawah program RMT. Untuk menggunakan sistem ini, guru cuma perlu 'copy dan paste' aplikasi SMM yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aplikasi ini akan mengimport semua data pelajar dari aplikasi tersebut ke E-RMT. Seterusnya guru cuma perlu menanda murid yang layak sahaja. Proses seterusnya guru hanya perlu cetak kad RMT pelajar yang mempunyai kod bar.
Apabila pelajar datang untuk makan, dia akan serahkan kad rmt untuk di scan oleh mesin pengimbas kod bar. Aplikasi ini menyediakan pelbagai laporan, seperti laporan kehadiran harian, sebelum ( mengikut tarikh ), analisis serta borang kawalan mutu makanan.
Untuk keselamatan, guru hanya perlu simpan fail ini ke dalam 'thumb drive' selepas selesai mengisi maklumat. Boleh digunakan samada di laptop ataupun pc.
Spesifikasi komputer minimum yang boleh menggunakan aplikasi ini bermula dengan Pentium 111 800 ke atas, Ram 256,Hd 20 GB dengan ruang yang diperlukan cuma 30 MB sahaja. Untuk sekolah yang kekurangan komputer boleh membeli komputer second hand yang dijual pada harga RM400.00 sahaja.
Harga untuk aplikasi ini cuma RM300.00 tanpa kos pemasangan. Sekolah boleh memasang sendiri untuk menjimatkan kos. Aplikasi ini mudah digunakan dan boleh dipelajari melalui panduan yang diberikan.

Foto tertera diatas ialah Penolong Kanan HEM dan Guru Data SK Guar Chempedak. Sekolah tersebut telah menggunakan aplikasi RMT sejak tahun 2009.


Pengimbas Barkod
Ada 2 jenis mesin pengimbas ,saya namakan Type A dan Type B.
Untuk Type A berharga RM620.00,datang bersama 'stand'. Versi ini mempunyai jarak scan 200 mm dan mempunyai kemudahan auto scan ( tanpa perlu menarik trigger )

Untuk Type B, stand tidak dibekalkan. Jarak scan cuma 50 mm sahaja, dan guru perlu menekan trigger untuk scan. Harga untuk versi ini ialah RM400.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
ZULKIFLI ABU BAKAR
0195606066 / 012 5504455
Faks:Call
Email:zulsystem@yahoo.com

Lain lain aplikasi yang dikeluarkan
Sistem Pusat Sumber -----blog.www.Psumber.blogspot.com
Sistem Kehadiran Guru ---blog.www.sishadir.blogspot.com
Sistem Pengurusan Kokurikulum - blog.www.sistemkoku.blogspot.com

www.sistemkoku.blogspot.com